Selepas 7 Jun apabila muktamar pemilihan ke-55 PAS selesai, parti itu
bakal mendepani krisis perpecahan paling besar dalam sejarahnya.
Rata-rata pemimpin PAS sekarang ini dihinggapi sindrom penafian
apabila enggan mengakui berlakunya pertembungan hebat dua gelombang --
satu yang berkiblatkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan satu
lagi aliran yang cenderung kepada pemikiran Mursyidul Am Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun, penafian demi penafian itu hanya tinggal pembohongan
apabila Pengerusi Jawatankuasa Pemilihannya Datuk Mustafa Ali
mengumumkan senarai layak bertanding pagi ini.
Walaupun Abdul Hadi kekal tidak ditandingi, beliau tidak boleh
mendabik dada terlalu awal kerana hasrat menggulingkannya hanya
ditangguhkan kerana pihak lawan tidak mempunyai calon yang sesuai.
Aliran pemikiran Nik Abdul Aziz atau digelar Kumpulan Erdogan yang
mendapat sokongan pfofesional PAS memulakan langkah dengan yakin untuk
menyapu sebahagian besar kerusi jawatan tertinggi parti, termasuk
jawatan kanan dalam sayap Pemuda dan Muslimatnya.
Tetapi kini, keadaan berubah sama sekali dan tidak sama seperti
dahulu. - Politik Abu-Abu
No comments:
Post a Comment